CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Khamis, 13 Disember 2012

Syarat Sah Wuduk


  • Islam 
  • Mumayiz (dapat membezakan antara yang baik dan buruk) 
  • Menggunakan air mutlak (air yang suci lagi menyucikan) 
  • Suci dari haid, nifas, junub atau hadas besar. 
  • Bersih dari benda-benda yang menghalang air dari sampai ke kulit pada anggota-anggota wuduk seperti cat, lilin, pewarna kuku, pewarna rambut, gincu dan lain-lain. 
  • Mengetahui dan dapat membezakan antara perkara yang fadhu dan sunat. 

Pengertian Wuduk




Pengertian Wuduk
Wuduk dari segi syarak bermaksud menggunakan air yang bersih, suci lagi menyucikan, untuk membasuh anggota-anggota tertentu yang telah ditetapkan oleh syarak. ALLAH S.W.T berfirman:
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu akan mendirikan solat maka basuhlah muka kamu dan tangan-tangan kamu hingga siku-siku kamu dan sapulah kepala kamu serta basuhlah kaki-kaki kamu sehingga ke kedua mata kaki.” ( Al-Maidah, Ayat 6 ) 
Sabda RASULULLAH S.A.W : "Tidak diterima Allah sembahyang salah seorang kamu jika ia berhadas (kecil) sebelum ia berwuduk." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 
Orang Islam perlu berwuduk untuk melakukan perkara-perkara berikut :
  • Solat-solat fardhu dan sunat.
  • Tawaf di Baitullah.
  • Menyembahyangkan mayat. 
  • Sujud tilawah atau sujud syukur. 
  • Memegang (menyentuh/membawa) Al-Quran, tetapi dibolehkan, diharuskan menyentuh/membawa/memegang jika kandungan isi Al-Quran itu lebih banyak tafsiran dari isi ayat Al-Quran.

Marilah Mendirikan Solat